5 tentera Pakistan maut di Kashmir


shadow

MUZAFFARABAD: Lima anggota tentera Pakistan terbunuh dalam kejadian tembakan di sempadan Kashmir, hari ini ketika ketegangan antara Islamabad dan New Delhi semakin memuncak.

Insiden kematian dalam dua kejadian berasingan tercetus selepas Pakistan memberi amaran bersedia berdepan sebarang pencerobohan India di Kashmir.

Tentera Pakistan dalam kenyataannya berkata, ramai anggotanya cedera selain kubu pertahanan rosak dalam pertempuran itu.

Kenyataan itu turut menyatakan serangan balas masih berterusan, namun tidak menyatakan lokasi sebenar kejadian.

Setakat ini belum ada sebarang kenyataan dari pihak berkuasa India.

Dalam kejadian berasingan, dua orang awam maut manakala seorang cedera dalam serangan balas di Rawalakot, Kashmir, kata seorang pegawai kanan kerajaan kepada AFP.

Kejadian berlaku ketika tentera dua negara berkenaan membalas serangan sejak pagi.

  • myMetro

Tinggalkan komen anda