22 hilang selepas feri terbakar


shadow

JAKARTA: Seramai 22 penumpang dilaporkan masih hilang selepas feri dinaiki terbakar di luar Pulau Jawa, petang semalam.

Pihak berkuasa tempatan berkata, kejadian berlaku ketika feri yang membawa seramai 277 penumpang dalam perjalanan dari Surabaya ke Balikpapan di Borneo.

Jurucakap pelabuhan Tanjung Perak, Surabaya, Syachrul Nugroho dalam kenyataannya kepada AFP berkata, seramai 255 penumpang berjaya diselamatkan, namun 22 lagi belum ditemui.

Nugroho berkata, kakitangan feri gagal memadamkan api kerana pam air tidak berfungsi akibat enjin mati, menyebabkan penumpang bertindak menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, punca kebakaran masih belum diketahui lagi.

Pada Jun lalu, seramai 21 orang maut selepas feri dinaiki membawa penumpang berlebihan dan karam di utara Jawa.

-myMetro

Tinggalkan komen anda