Pensyarah didakwa tawar jadi ‘sugar daddy’ ditahan kerja 2 bulan


shadow

Seorang pensyarah di sebuah pengajian tinggi (IPT) yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap pelajar perempuannya ditahan kerja selama dua bulan.

Menurut sumber, jawatankuasa tatatertib IPT berkenaan melalui edaran pada 12 Julai lalu bersetuju menahan kerja pensyarah berkenaan bagi tujuan siasatan dalaman bermula 16 Julai lalu.

Malaysiakini pada 8 Julai lalu melaporkan seorang pelajar perempuan di sebuah IPT membuat laporan polis mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual pensyarah lelaki berkenaan.

Gangguan tersebut dikatakan terjadi di bilik pensyarah tersebut pada 23 Jun lalu.Iklan

Berdasarkan laporan polis pada hari kejadian, mangsa mendakwa diminta ke bilik pensyarah terbabit pada kira-kira jam 9 pagi sebelum pintu bilik dikunci dari dalam dan mangsa diajak berbual.

Pensyarah terbabit turut menawarkan diri untuk menjadi “sugar daddy” kepada mangsa dengan bayaran RM500 sebulan untuk khidmat seks atau “aktiviti-aktiviti lain” seperti memegang payu dara mangsa.

  • malaysiakini

Tinggalkan komen anda