Pegawai Waytha lapor polis akaun FB palsu


shadow

Pembantu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy membuat laporan polis susulan akaun Facebook palsu yang menggunakan namanya dan digunakan untuk membuat hantaran bernada perkauman.

Sumber dari pejabat Waythamoorthy memberitahu Malaysiakini yang akaun palsu itu menggunakan nama penuhnya, iaitu Waytha Moorthy Ponnusamy, dan gambarnya.

Akaun itu kemudian digunakan untuk menulis komen bernada perkauman dengan menyasarkan orang Melayu dan parti seperti Umno dan PAS, katanya lagi.

Menurutnya, laporan dibuat di Putrajaya tengah hari tadi. Akaun tersebut dipadamkan tetapi muncul semula.Iklan

Waythamoorthy berhasrat menghubungi Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkenaan perkara itu yang berisiko mengapi-apikan sentimen perkauman.

  • malaysiakini

Tinggalkan komen anda