Dewan Negara digesa ikut jejak Dewan Rakyat sokong RUU Undi 18


shadow

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong menggesa Dewan Negara mengikuti jejak langkah anggota parlimen Dewan Rakyat yang sebulat suara menyokong Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan umur mengundi dari 21 hingga 18 tahun.

Menteri undang-undang itu berkata bahawa ia menjadi sejarah kerana buat kali pertama pada 16 Julai, ahli parlimen dari semua parti politik memberikan sokongan dua pertiga kepada Rang Undang-undang di Dewan Rakyat.

Liew berkata Dewan Rakyat minggu lalu menyaksikan 211 daripada 222 ahli parlimen menyokong rang undang-undang itu, iaitu 90 peratus daripada jumlah ahli parlimen di Malaysia.

“Inilah kali pertama negara kita melihat anggota parlimen pembangkang mengundi bersama anggota Parlimen kerajaan, memandangkan kita kerajaan pada masa ini tidak mempunyai majoriti dua pertiga (di Dewan Rakyat).Iklan

“Oleh itu pihak pembangkang telah memberi sokongan dalam perkara ini dengan memberikan dua pertiga (sokongan majoriti dalam pengundian). Kita hanya memerlukan 148 dan kita dapat 211 undi.

“Oleh itu saya menggesa Dewan Negara untuk memberi sokongan bersatu padu dan penuh untuk memastikan kita mencipta sejarah. Sekarang kita mempunyai 68 (undi senator) daripada 70 di Dewan Negara.

“Sekiranya kita memperoleh 68 (undi senator dalam meluluskan Rang Undang-undang itu), ia akan menjadi sejarah kepada negara dan Dewan Negara,” kata Liew semasa sidang akhbar ringkas di luar Dewan Negara yang duduk tengah hari ini.

Pada 16 Julai lalu, Dewan Rakyat telah meluluskan rang undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan umur mengundi hingga 18 tahun.

Rang undang-undang itu telah diluluskan setelah mendapat 211 undi, tanpa bantahan daripada mana-mana ahli parlimen.

Ia merupakan pindaan kali pertama Perlembagaan Persekutuan sejak pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi.

  • malaysiakini

Tinggalkan komen anda