Bomba selamatkan lelaki pakai ‘gigi daun gear’ di zakar


shadow

Gara-gara memakaikan ‘gigi daun gear – iaitu alat komponen enjin motosikal – pada zakarnya, seorang lelaki melalui detik cemas apabila alat itu gagal ditanggalkan.

Lelaki itu pada mulanya datang ke Balai Bomba Sungai Durian di Kuala Krai, Kelantan, kira-kira jam tiga petang tadi sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Krai.

Ketua balai bomba itu Muhammad Rizwan Ar-Rafee Parsimin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.14 petang berkenaan perkara itu dan ketika itu lelaki itu sudah pun tiba di depan balai.

Katanya lagi, pemeriksaan awal oleh Ketua Operasi Mohd Razani Mamat bersama lima anggota bomba lain mendapati kemaluan lelaki berusia 34 tahun itu sudah membengkak.Iklan

“Susulan itu, kami membawanya ke Hospital Kuala Krai.

“Seterusnya kita membuat size-up di lokasi serta mengarahkan pasukan operasi bertindak bersama pihak hospital untuk membuka ‘daun gear’ di kemaluan mangsa menggunakan peralatan L-Ring Cutter.

“Alhamdulillah operasi berjaya selepas mengambil masa selama lebih kurang 20 minit, alat itu dibuka dengan selamat,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Katanya lagi, mangsa yang merupakan penduduk tempatan kemudian diberi rawatan lanjut di hospital itu.

  • malaysiakini

Tinggalkan komen anda