50 pelajar Politeknik Balik Pulau keracunan


shadow

LEBIH 50 pelajar semester satu Politeknik Balik Pulau, Balik Pulau, dikejarkan ke hospital kerana keracunan makanan sejak 4 petang, hari ini.

Semua mereka sebelum itu menghadiri program taklimat mengundi yang dianjurkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di politeknik terbabit.

Program berkenaan bermula jam 9 pagi dan berakhir 12 tengah hari.

Seramai 207 pelajar semester satu menghadiri program berkenaan dan mereka dihidangkan makanan nasi ayam merah, telur bersama sayur kubis jam 11 pagi.

Bagaimanapun, puluhan pelajar mengadu sakit perut kira-kira jam 4 petang dan mereka dibawa kenderaan jabatan politeknik dengan ditemani pensyarah untuk mendapatkan rawatan di Hospital Balik Pulau secara berperingkat.

Setakat jam 10 malam ini, lebih 50 pelajar dibawa dan masih menerima rawatan di Hospital Balik Pulau.

-myMetro

Tinggalkan komen anda