Wanita koma akibat COVID-19 didapati hamil anak kembar


shadow

United Kingdom – Mimpi ngeri seorang wanita bertukar menjadi berita gembira apabila didapati hamil anak kembar selepas sedar dari koma akibat COVID-19.

Danielle Martin, 32, dari Belfast, Ireland Utara, dikejarkan ke hospital dan didiagnosis menghidap Covid-19 dan ketika itu, dia hamil sembilan minggu.

Danielle seorang suri rumah mula merasai kesakitan di tekak dan dada, keadaannya hampir tidak dapat bernafas. Kemudian, dia dikejarkan ke hospital dan hanya didiagnosis radang paru-paru pada 30 Mac lalu.

Memetik Metro.co.uk, Danielle berkata, sakit itu seperti dia tercekik sehingga Bryan (suaminya) memutuskan untuk menghubungi ambulans.

“Ambulans mengambil masa dalam lima minit ke rumah dan membawa saya pergi, saya ketakutan.

“Saya berasa teruk meninggalkan tiga orang anak lelaki tetapi saya tahu ia keputusan terbaik. Pihak hospital melakukan imbasan dan diagnosis saya dengan radang paru-paru yang teruk.

“Saya memakai ventilator (alat bantuan pernafasan), dan pada waktu itu saya berjuang untuk bernafas dan cuba untuk bercakap, ia amat menakutkan.”

Ketika kadar oksigen Danielle turun semalam, doktor tidak mempunyai pilihan selain meletakkannya dalam keadaan koma.

Pakar perubatan menelefon Bryan untuk memberitahu bahawa isterinya dalam keadaan bahaya dan mungkin bayi mereka tidak akan selamat kerana masih di awal kehamilan.

Bryan, 32, bekerja sebagai pengawal keselamatan, berkata: ia berlaku sekelip mata, ia cepat berubah menjadi lebih buruk.

“Sebelum itu, Danielle mengirim foto tentang roti bakar yang dia makan di hospital dan kemudian pada hari berikutnya dia masuk ICU.

“Doktor itu mengatakan bahawa oksigennya telah menurun dan dia dikoma, hati saya sangat hancur dan bimbang,” katanya

Bryan memberitahu sangat sukar untuk menjelaskan kepada anak-anak lelakinya, Jaiden, 9, Parker, 3 dan Joshua, 2, ketika ibu mereka dibawa menaiki ambulans dan mereka hanya mampu melihat dari tingkap.

“Saya kuat diri dan meyakinkan mereka bahawa ibunya akan pulih dan pulang ke rumah dalam masa yang terdekat.

“Hospital menelefon saya setiap hari menceritakan keadaanya, tidak boleh dijangka kerana ia akan menjadi berita baik dan yang seterusnya sebaliknya. Saya berdoa dia dapat mengharunginya dengan sepenuh hati,” ujarnya.

Tinggalkan komen anda