SEOUL – Korea Selatan bakal memperkenalkan kad pengenalan diri mudah alih secara berperingkat bagi menggantikan kad pengenalan plastik sedia ada, di sektor awam mulai tahun ini, lapor agensi berita Yonhap.
Sistem baharu itu akan diperkenalkan pertama kali kepada penjawat awam akhir tahun ini, menurut Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan.
Ia kemudian akan diperluas untuk lesen memandu pada 2022.
Buat masa ini bagi mengelakkan kekeliruan, kad pengenalan baharu itu akan digunakan bersama dengan kad pengenalan sedia ada, tambah kementerian.
Kerajaan juga merancang memperkenalkan sistem pengenalan mudah alih kepada sijil orang kurang upaya pada tahun depan.
Menurut kementerian, kerajaan akan memperluas kerjasama dengan pembuat telefon pintar dan institusi keselamatan siber untuk meningkatkan aspek keselamatannya.
-BERNAMA
Tinggalkan komen anda