Akibat cadangan suntikan pembasmi kuman sebagai rawatan cegah COVID-19, Presiden Amerika, Donald Trump disindir dan bertindak keluar ketika diajukan pelbagai soalan daripada wartawan.
Memetik Metro.co.uk, Trump secara dramatik menolak untuk mengambil pertanyaan wartawan pada sidang media harian 24 jam coronavirus di Rumah Putih, beliau memusingkan badannya dan berjalan keluar dari bilik taklimat yang berlangsung pada malam hari Jumaat (semalam) itu, apabila ada segelintir wartawan menyindirnya dengan mengatakan pembasmi kuman itu “sarkastik” sebelum mengajukan pertanyaan kepadanya.
Ini adalah kali pertama, Presiden Amerika Syarikat itu menolak untuk menjawab pertanyaan sejak taklimat harian ini berlangsung bermula pada bulan lepas malah kadang-kala mengambil masa dua jam seisi soal jawab..
Sebelum Trump berucap, Timbalan Presiden, Mike Pence memberi maklumat terkini mengenai usaha pemerintah untuk menangani krisis tersebut. Selain itu, Presiden Pentadbiran Makanan dan Dadah,Stephen Hahn juga berbicara secara ringkas mengenai percubaan untuk meningkatkan keupayaan ujian dan ujian COVID-19 yang dihasilkan secara besar-besaran dapat dilakukan.
Pada awal persidangan, Presiden Trump berucap tetapi hanya dengan mengemas kini mengenai bagaimana jumlah kemasukan pesakit ke hospital dan kematian coronavirus menurun sebanyak 40% di kawasan panas New York sejak minggu lalu. Trump juga memuji penurunan jumlah kematian dan kemasukan pesakit di negeri Louisiana, yang dilanda penularan COVID-19 yang teruk.
Beliau terus menyampaikan pesanan penuh harapan tentang usaha untuk mengakhiri kebuntuan dan membuka kembali ekonomi AS, dengan mengatakan ‘Kita akan membuka negara semula’.
“Ia sangat menarik untuk dilihat. Kita mempunyai banyak bakat yang terlibat dari gabenor hingga orang-orang yang berdiri di sana akan membantu anda. ’’ katanya pada taklimat paling singkat sejak krisis bermula yang berlangsung hanya 22 minit.
Tinggalkan komen anda