Data terbaru Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan seluruh negeri Perlis kini dalam zon hijau bermakna bebas wabak COVID-19, setakat pukul 12 malam semalam.
Namun masih terdapat 13 daerah masih kekal sebagai zon merah dengan kes aktif Covid-19 berbanding semakin berkurangan.
Jumlah kes aktif di zon merah yang tertinggi masih di Lembah Pantai dengan 347 kes dan ini diikuti oleh Kuching dengan 217 kes. Daerah Petaling berada di tangga ketiga dengan 106 kes.

Zon merah merujuk kepada 41 kes ke atas, zon jingga pula mencatat 20 hingga 40 kes, zon kuning adalah daerah yang mencatat kes di bawah 20 manakala zon hijau pula digunakan untuk menggambarkan daerah yang bebas dari jangkitan Covid-19.

Tinggalkan komen anda