COVID-19 : Amerika Syarikat minta ganti rugi dari China


shadow

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) bertindak menyaman pemimpin China untuk ganti rugi kerana mendakwa mereka melakukan penipuan dan tidak mengambil tindakan sewajarnya bagi menghentikan wabak pandemik Covid-19.

Tuntutan itu dilakukan negeri Missouri yang dipimpin oleh Presiden AS, Donald Trump.

Republikan itu memfailkan saman di Mahkamah Persekutuan berhubung tindakan China itu iaitu antaranya menyimpan lambakan peralatan perlindungan diri.

Setakat semalam, Missouri mencatatkan 189 kes kematian Covid-19 dengan separuh daripada kes itu berlaku di St. Louis.

“Kerajaan China berbohong kepada dunia mengenai bahaya dan wabak Covid-19 yang sebenarnya mudah berjangkit apabila menggesa, pemberi maklumat mendiamkan diri dan mengambil tindakan yang amat sedikit bagi membasmi penularannya.

“Mereka mesti bertanggungjawab di atas setiap perkara yang dilakukan ini,” kata peguam negara Missouri, Eric Schmitt.

Sementara itu, Trump yang tetap menyalahkan Beijing di atas kesan pandemik itu di seluruh dunia, terutama negaranya yang teruk terjejas itu turut menjalankan kempen supaya penumpuan diberikan kepada peranan Beijing dalam menangani wabak itu dan menggesa Beijing dikenakan hukuman setimpal.

Malah, tuntutan saman itu berlaku ketika Kongres mendesak bagi mengambil tindakan ke atas China.

– AFP

Tinggalkan komen anda