Potong guna laluan kecemasan sampai rempuh motorsikal, pemandu berjaya ditahan polis


shadow

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang pemandu kereta yang dipercayai terlibat dalam kes langgar lari sebuah motosikal bersama pembonceng di Kilometer 56.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menghala ke Kuala Lumpur pada Isnin.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata  video kemalangan itu tersebar luas di media sosial dan mencetuskan kemarahan netizen.

Memotong di lorong kecemasan

Beliau berkata pihaknya telah menjalankan siasatan berhubung maklumat video tular itu dan menahan suspek pada kira-kira 6.51 petang.

“Kemalangan berlaku apabila pemandu kereta berkenaan telah mengubah haluan dari lorong kiri ke lorong kecemasan untuk memotong kenderaan di hadapan dan telah melanggar motosikal yang sedang menggunakan lorong kecemasan itu dan terus melarikan diri…”

Azisman berkata mangsa iaitu penunggang dan pembonceng motosikal terbabit telah dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Bentong.

Jangan pandang rendah orang bawa motor

Dalam pada itu, menerusi Facebook, Motorsports Malaysia, meluahkan rasa kecewa dengan sikap pengguna jalan raya yang lain terhadap penunggang motorsikal.

“Penunggang motor korang nampak selalu guna lorong kecemasan kat highway, itu sebab diorang terpaksa, sebab pemandu kenderaan 4 roda ni kebanyakannya bebal bila masuk highway…”

“Motor juga ada hak untuk berada di atas jalan. Pemandu kereta bayar roadtax, penunggang motor juga bayar roadtax. Sama2 perlu guna jalan yang sama…”

Tindakan pantas JSPT menahan suspek dalam kes itu telah meredakan kemarahan netizen terhadap pemandu kereta terbabit, menurut kenyataan itu.

Sumber : Bernama & Motorsports Malaysia

Tinggalkan komen anda