Eksekutif GLC ditangkap dakwaan rasuah projek jalur lebar


shadow

SPRM menangkap dua eksekutif kanan di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerana disyaki terbabit kegiatan rasuah.

Mereka didakwa menerima lebih RM800,000 daripada pembekal yang sedang melaksanakan kontrak untuk memasang sistem internet jalur lebar untuk agensi kerajaan, yang bernilai jutaan ringgit.

Kesalahan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 itu didakwa dilakukan antara tahun 2012 dan 2016.

Kedua-dua mereka ditahan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya sekitar jam 4.30 petang semalam.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Norazlan Mohd Razali mengesahkan penangkapan itu kepada wartawan.

Kesalahan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta yang sama.

Peruntukan tersebut menetapkan hukuman penjara sehingga 20 tahun; berserta denda sekurang-kurangnya lima kali nilai suapan, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Tinggalkan komen anda