Remaja wanita dibunuh dengan kejam


shadow

Amerika Syarikat – Seorang lelaki dituduh membunuh seorang remaja wanita dengan kejam di Moorhead, North Dakota, di sini.

Suspek, Ethan Broad, 27 tahun, didakwa membunuh Dystynee Avery, 19, dengan menggunakan gergaji untuk memotong tubuh mangsa sebelum meletakkan mayatnya di dalam beg sampah dan dibuang di tempat pembuangan sampah di luar apartmennya, menurut dokumen mahkamah difailkan pada 20 April 2020.

Pada awalnya, Ethan memberitahu polis bahawa orang lain yang memukul Dystynee di kepala dengan menggunakan paip plumbum serta memotong kerongkongnya, tetapi kemudian dia dilaporkan, mengaku membunuh remaja itu.

Suspek mengatakan pembunuhan mengerikan itu sebagai tindakan mempertahankan diri. Selain itu, dia juga memberitahu penyiasat bahawa orang lain membantunya memindahkan mayat ke garaj, di mana mereka merancang untuk memotongnya, tetapi rakaman pengawasan dari tempat kejadian menunjukkan hanya Ethan yang menyeret tong biru dari gedung pangsapuri ke garajnya sendiri, menurut KVLY .

Broad
Ethan Broad, 27 (kiri), didakwa dengan pembunuhan tahap kedua di atas kematian Dystynee Avery, 19, di Moorhead, Dakota Utara.

Pihak polis berkata, mangsa telah hilang sejak 3 April lalu.

“Suspek memberitahu para petugas bahawa dia tidak melihat Dystynee sejak 4 April dan menjelaskan bahawa mangsa telah tinggal bersamanya malah Ethan mendakwa remaja wanita itu telah meninggalkan apartmennya.

“Pihak berkuasa belum menggambarkan sejauh mana hubungan antara mereka ,” jelasnya.

Ketika penyiasat mencari di pangsapuri dan garaj suspek, mereka menemui gergaji yang dilaporkan digunakan untuk memotong mangsa, dan alat tersebut dikesan mempunyai darah dan tisu manusia di atasnya. Darah juga dijumpai di beberapa tong biru di garaj.

Di dalam pangsapuri berkenaan, pegawai mengatakan bahawa mereka menemui beberapa tempat di mana kelihatan darah yang telah dibersihkan.

Ethan ditangkap pada hari Jumaat (17 April), didakwa di atas pembunuhan tahap kedua tanpa niat. Jaminannya ditetapkan pada $ 1 juta dolar dan tarikh dijatuh hukuman masih belum diumumkan oleh mahkamah.

Tinggalkan komen anda