Rakyat ingkar arahan, lebih lama COVID-19 di Malaysia


shadow

Ramai rakyat Malaysia masih berdegil untuk mengikuti arahan kerajaan untuk duduk di rumah.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu sehingga 28 April ini, yang memasuki fasa ketiga.

Kebanyakan rakyat tidak mengambil serius kemungkinan dari pemikiran yang merasakan mereka sihat dan selamat dari penyakit COVID-19 tersebut.

Kasihanilah petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus menangani wabak ini. Tolong patuhi PKP demi kebaikan semua bagi memutuskan rantaian penyakit COVID-19 secepat mungkin.

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pelbagai tindakan tegas telah diambil seperti mengenakan kompaun sebanyak RM1,000 terhadap individu yang melanggar PKP namum mungkin terlalu rendah kerana masih ada yang ingkar.

Sementara itu, dengan tindakan pencegahan serta kawalan berterusan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya dan discaj dari wad ialah 1,830 iaitu sebanyak 42.11 peratus daripada jumlah keseluruhan 4,346 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah pesakit yang pulih sepenuhnya dan discaj dari wad sehingga semalam ialah sebanyak 222 orang, berbanding kes positif baharu sebanyak 118.

Justeru, marilah rakyat Malaysia, kita bersatu menghapuskan COVID-19 ini. Sila duduk di rumah. Jika perlu keluar atas urusan yang tak dapat dielakkan atau bekerja, pakai topeng muka, sediakan sanitizer dan kekalkan jarak 1 meter.

Tinggalkan komen anda