Lelaki dikehendaki terhadap 39 pembunuhan lori Essex ditangkap


shadow

United Kingdom – Pembunuh kepada 39 warganegara Vietnam yang ditemui mati di dalam sebuah kontena lori telah ditangkap di Ireland, semalam.

Ronan Hughes, 40 didakwa atas membunuhan lapan wanita dan 31 lelaki warga Vietnam, kejadian berlaku di kawasan perindustrian di Grays, Essex, pada 23 Oktober tahun lalu.

Didapati sepuluh remaja, termasuk dua budak lelaki berusia 15 tahun, adalah antara mereka yang ditemui mati.

Suspek dan adiknya, Christopher Hughes, 34, dikehendaki oleh polis kerana disyaki pemerdagangan manusia sejak Oktober, 2019.

Berikutan penangkapan tersebut, penolong ketua konstabel dan juga ketua Direktorat Jenayah Berat Kent dan Essex, Tim Smith, berkata kes penyiasatan ini adalah salah satu yang terbesar dalam sejarah Polis Essex dan mereka berusaha keras untuk mengumpulkan peristiwa-peristiwa sejak 23 Oktober 2019 demi mangsa-mangsa berkenaan.

“Kami telah bekerjasama dengan Badan Jenayah Nasional dan Perkhidmatan Pendakwaan Mahkota serta polis dan pendakwa di Republik Ireland, Ireland Utara, Perancis, Belgium, Belanda, Bulgaria, Jerman dan Vietnam,” katanya.

Kes ini dapat diselesaikan dengan pengakuan pemandu lori itu, Maurice Robinson, 25, dari Craigavon, Ireland Utara, mengaku bersalah atas pembunuhan 39 mangsa di Old Bailey awal bulan ini.

Picture of Maurice Robinson
Pemandu lori Maurice Robinson mengakui terlibat dalam pembunuhan 39 orang yang ditemui mati di dalam treler yang disejukkan

Maurice muncul di mahkamah melalui pautan video bersama empat defendan lain. dan mengaku bersalah atas kesalahan lain iaitu melakukan konspirasi untuk membantu imigrasi yang secara tidak sah dan memperoleh harta jenayah. Namun, dia menafikan tuduhan bagi memindahkan harta jenayah.

Seorang lagi terlibat, Eamonn Harrison, 22, dari Mayobridge, Ireland Utara, turut menghadapi 39 tuduhan membunuh, perdagangan manusia dan membantu imigrasi yang secara tidak sah.

Tertuduh dibenarkan membuat rayuan terhadap pengekstradisinya ke UK di bawah syarat waran tangkap Eropah yang dikeluarkan oleh Polis Essex.

Perbicaraan selanjutnya akan diadakan di Dublin pada 7 Mei, kata Polis Essex.

Tinggalkan komen anda