Lahad Datu daerah ketiga zon merah di sabah


shadow

Daerah Lahad Datu di Sabah dikategorikan zon merah COVID-19, menjadi jumlah keseluruhan kepada 30 kawasan setakat pukul 12 tengah hari semalam, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM).

Lahad Datu ialah daerah ketiga dikategorikan Zon Merah di Sabah yang merekodkan 42 kes positif COVID-19 selepas Kota Kinabalu dan Tawau.

Zon merah merujuk kepada 41 kes ke atas, zon jingga pula mencatat 20 hingga 40 kes, zon kuning adalah daerah yang mencatat kes di bawah 20 manakala zon hijau pula digunakan untuk menggambarkan daerah yang bebas dari jangkitan Covid-19.

Tiada penerangan foto disediakan.

Sementara itu, Lembah Pantai di Kuala Lumpur terus menjadi kawasan tertinggi positif COVID-19 iaitu 613 kes diikuti dengan Hulu Langat dan Petaling di Selangor, masing-masing merekodkan 445 dan 373 kes.

Manakala, Selangor pula negari yang masih mencatat bilangan kes positif COVID-19 tertinggi iaitu sebanyak 1,340 kes.

Tiada penerangan foto disediakan.

Tinggalkan komen anda