COVID-19 : Sepanyol lanjut perintah kawalan pergerakan kepada 15 hari


shadow

MADRID – Sepanyol melanjutkan perintah kawalan pergerakan di negara itu kepada 15 hari lagi ekoran keadaan semasa pandemik COVID-19 yang belum reda.

Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez mengumumkan perintah yang sepatutnya berakhir pada 26 April kini dilanjutkan hingga 9 Mei.

Langkah itu menjadikan perintah darurat di Sepanyol berlangsung selama lapan minggu, lapor CNN.

“Hari ini, adalah mustahil untuk melonggarkan langkah kawalan ini dan masuk ke fasa kedua pelonggaran,” kata Sanchez dalam satu sidang media.Perintah kawalan pergerakan diperkenal di Sepanyol pada 14 Mac.

Langkah itu dilaksana bagi mengehadkan pergerakan orang ramai serta operasi perniagaan bukan keperluan utama di negara itu.Sepanyol mencatatkan 191,726 kes positif jangkitan koronavirus itu dengan 20,043 kematian setakat ini.

Negara itu berada di tangga ke-2 kes paling banyak di dunia di belakang Amerika (AS) dengan 726,645.

SUMBER : AWANI/AGENSI

Tinggalkan komen anda