COVID-19 : Penduduk dunia mencatat 133,354 kematian


shadow

ANGKA kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan hampir 6,000 kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam.

Menurut data Johns Hopkins University, ini menjadikan jumlah keseluruhan 133,354 kematian setakat ini.

Amerika Syarikat (AS) mencatat hampir 2,000 lagi kematian, menjadikannya negara paling tinggi angka korban dengan 27,000.

Itali masih di kedudukan kedua dengan lebih 21,000 kematian diikuti oleh Sepanyol dengan hampir 19,000 korban.Sementara itu, Perancis dan United Kingdom masing-masing mencatatkan 17,000 dan 12,000 kematian.

Manakala, Iran telah mengatasi China dengan mencatatkan lebih 4,000 kematian.

SUMBER : AWANI/AGENSI

Tinggalkan komen anda