COVID-19 : Hampir 150,000 kematian penduduk dunia dicatat


shadow

ANGKA kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan pertambahan melebihi 6,000 dicatatkan dalam tempoh 24 jam.

Menurut data Johns Hopkins University, ini menjadikan jumlah keseluruhan adalah melebihi 148,000.

Setakat ini, dua negara mempunyai angka kematian melebihi 20,000 manakala tiga lagi melebihi 10,000.

Amerika Syarikat(AS) kekal menjadi negara paling teruk terjejas dan satu-satunya negara yang mempunyai angka kematian melebihi 30,000 dengan mencatatkan keseluruhan 32,232 kes.Ini diikuti dengan Itali yang mempunyai angka korban sebanyak 22,745 kes.

Sepanyol dan Perancis pula masing-masing mempunyai angka kematian menghampiri 20,000 iaitu dengan 19,000 dan 18,000 kes.

Manakala sebanyak 14,576 kes kematian direkodkan di United Kingdom (UK).

Kebanyakan negara Eropah yang terjejas teruk akibat COVID-19 mencatatkan angka kematian yang semakin menurun sejak seminggu lalu.

SUMBER : AWANI/AGENSI

Tinggalkan komen anda