COVID-19 : Donald Trump dikecam atas tindakan bekukan dana WHO


shadow

Selepas mengumumkan pemberhentian dana semalam kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menerima kecaman tekanan ketika Kumpulan 20 (G20) mengumumkan moratorium hutang satu tahun untuk negara termiskin di dunia.

Disaat dunia sedang bergolak serta berusaha dalam menangani dan memerangi penularan wabak COVID-19, Trump dikritik hebat apabila membekukan pembayaran kepada WHO.

Memetik dari Berita Harian, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, ia berlaku malah tidak syak lagi, bidang penambahbaikan akan dikenal pasti dan akan ada pelajaran untuk kita semua pelajari.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mengecam tindakan Trump sementara jutawan Bill Gates, penyumbang utama WHO, menulis tweet bahawa pemotongan dana adalah ‘sangat bahaya’.

Begitu juga sekutu Eropah sama sekali tidak bersetuju dan saingan Washington, Rusia mengutuk `pendekatan mementingkan diri sendiri’ AS, manakala China dan Iran mengutuk keputusan berkenaan.

Trump menuduh WHO kerana salah mengatur dan menutup penyebaran COVID-19.

Menurutnya, ia mungkin dapat dibendung jika organisasi itu menilai keadaan di China dengan tepat akhir tahun lalu.

Ketika negara Eropah melakukan tentatif untuk membuka semula ekonomi dan masyarakat, kerajaan di negara miskin dan berpenduduk padat, masih berjuang untuk mengenakan sekatan pergerakan yang menyebabkan kesengsaraan kepada golongan yang memerlukan.

Selain itu, kebimbangan terhadap kelaparan dan pergolakan sosial semakin ketara di bahagian Afrika dan Amerika Latin.

Di Cape Town, pertempuran meletus pada Selasa lalu, apabila polis melepaskan peluru getah dan gas pemedih mata kepada penduduk yang mengadakan protes terhadap akses kepada bantuan makanan.

Krisis serupa berlaku di Ecuador, di mana kebimbangan terhadap kelaparan bagi penduduk di daerah Guayaquil yang terjejas teruk.

Keadaan orang miskin di sana tidak terbela, justeru, bersyukurlah rakyat Malaysia, kerajaan kita sentiasa menyediakan dan memastikan bekalan makanan cukup.

Tinggalkan komen anda