COVID-19 : AS catat kes jangkitan tertinggi melebihi 1 juta


shadow

WASHINGTON – Lebih daripada 1 juta kes COVID-19 dikesan di Amerika Syarikat (AS) menjadikannya paling banyak dilaporkan di dunia.

Hasil kajian Johns Hopkins University, kematian akibat COVID-19 di AS sehingga Selasa melepasi 57,000 adalah bersamaan kematian dicatatkan virus selesema pada 2019 sehingga 2020 yang diperoleh dari data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

Bagaimanapun, kadar kematian sebenar COVID-19 masih belum jelas namun menunjukkan kadar yang jauh lebih tinggi daripada wabak selesema, yang dianggar di antara 9 juta dan 45 juta orang di AS setiap tahun.

AS mempunyai lebih banyak kes COVID-19 daripada negara lain. Sepanyol yang mempunyai sekitar 50 juta rakyat berbanding 332 juta di AS yang mempunyai 232,128 kes.

Itali yang mempunyai populasi sekitar 62 juta orang, mempunyai 201,505 kes.

Sementara China, negara di mana wabak itu bermula, melaporkan jumlah kurang dari 84,000 kes pada Selasa petang.

Di antara negeri di AS, New York paling teruk dilanda pandemik ini dengan hampir 300,000 kes dan 22,000 kematian, diikuti New Jersey.

Tetapi keadaan telah bertambah baik di negara-negara tersebut, yang telah melaporkan kejayaan dalam mengurangkan kadar jangkitan.

Kini, lebih banyak negeri luar bandar yang merasakan kesan wabak itu, ketika mereka menyaksikan jumlah jangkitan meningkat.

Kes meningkat di Iowa di mana koronavirus merebak di salah satu kilang pembungkusan daging babi utama di negara itu.

Walaupun terdapat peningkatan kes yang besar, gabenor mulai meredakan sekatan di beberapa bahagian di negeri berkenaan.

Negeri-negeri lain seperti Georgia, Tennessee dan Texas juga telah mula mengurangkan sekatan, walaupun kes di negeri-negeri tersebut meningkat.

Presiden AS, Donald Trump tidak konsisten dalam memberi pencerahan kepada gabenor yang ingin membuka semula negeri masing-masing sama ada mereka memenuhi kreteria persekutuan untuk perkara berkenaan atau sebaliknya.

Trump pada mulanya mendakwa mempunyai kuasa mutlak untuk membuat keputusan pembukaan negeri kini berubah dan mengatakan ia di bawah kuasa gabenor itu sendiri.

Pada minggu berikutnya, Trump menunjukkan sokongan untuk protes di beberapa negeri terhadap perintah tinggal di rumah selain membuat ciapan bahawa negeri-negeri ini harus dibebaskan.

Namun, hanya beberapa hari kemudian, dia mengkritik keputusan Gabenor Georgia, Brian Kemp untuk membuka semula beberapa perniagaan yang tidak penting di negaranya.

SUMBER : AWANI/AGENSI

Tinggalkan komen anda