COVID-19 : Angka korban cecah 206,000, 5,000 kematian dalam 24 jam


shadow

ANGKA kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia mencatatkan peningkatan 5,000 kematian dalam tempoh 24 jam.

Jumlah keseluruhan yang maut akibat wabak itu kini mencecah 206,000 kes.

Menurut statistik Johns Hopkins University, sebanyak lima negara mempunyai kes maut melebihi 20,000.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara mempunyai angka korban tertinggi dan satu-satunya negara yang melebihi 50,000 kematian.

Angka kematian di negara Uncle Sam itu kini merekodkan 54,000, diikuti dengan Itali dengan jumlah kumulatif melebihi 26,644 kematian.

Sepanyol pula menjadi negara ketiga paling teruk dengan hampir 23,190 kematian.

Dalam pada itu, Perancis merekodkan 22,856 kematian, manakala United Kingdom telah melepasi 20,732 kematian.

Negara lain masih mempunyai angka kematian di bawah 7,000.

SUMBER : AWANI/AGENSI

Tinggalkan komen anda