COVID-19 : Angka kematian penduduk dunia lebih 100,000


shadow

KINI, Angka korban COVID-19 mencecah lebih 100,000 melibatkan seluruh dunia setakat pukul lima pagi waktu Malaysia, hari ini.

Menurut data Johns Hopkins University, kes kematian akibat virus itu adalah sebanyak 101,732.

Amerika Syarikat berada di kedudukan kedua mencatatkan 18,022 korban dan dijangka mampu mengatasi Itali yang ketika ini dengan angka kematian tertinggi pada 18,849 kes.

Diikuti Sepanyol dan Perancis masing-masing mencatatkan kes kematian sebanyak 15,970 dan 13,197.

United Kingdom mencatatkan kematian menghampiri angka 9,000 mangsa.

Manakala, bagi kes positif COVID-19 seluruh dunia kini mencecah 1.67 juta.

Amerika Syarikat mencatatkan 486,994 kes, kekal menjadi negara paling teruk terjejas dengan wabak itu .

COVID-19: Angka korban cecah 100,000 seluruh dunia, 1.67 juta dijangkiti

Sepanyol dan Itali mencatatkan 157,053 dan 147,577 kes secara keseluruhan.

Perancis dan Jerman  berada di kedudukan keempat dan kelima dengan mencatatkan angka jangkitan kes positif sebanyak 125,930 dan 120,157 kes.

China, United Kingdom dan Iran masing-masing mencatatkan sebanyak 82,941, 74,605 dan 68,192 kes positif COVID-19.

Turki turut mencatatkan 47,029 kes, menghampiri angka jangkitan 50,000.

Walaubagaimanapun, pesakit yang telah sembuh daripada pandemik itu juga besar, iaitu seramai 374,509 kes.

COVID-19 telah menular di 185 buah negara termasuk Malaysia.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan lanjutan dua minggu, fasa ketiga sehingga 28 April ekoran kes positif COVID-19 yang meningkat di negara ini.

Justeru, seluruh rakyat Malaysia, marilah bersama-sama membantu kerajaan dengan mengikuti arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), #StayatHome(dudukrumah) agar kita dapat memutuskan rantaian COVID-19 secepat mungkin.

Tinggalkan komen anda