Bayi mati kelaparan, dibiar ibunya


shadow

AMERIKA SYARIKAT – Seorang bayi berusia tiga bulan menangis kelaparan dan akhirnya ditemui mati dikelilingi botol berisi susu, ibunya hanya duduk dan tidak melakukan apa-apa, kata polis.

Pada 16 Mac 2020, seorang pekerja penyelenggaraan telah mendengar tangisan bayi berkenaan, Princeton Williams di rumahnya di Milwaukee, Wisconsin.

Pekerja tersebut bertanya kepada ibunya, Shantoria Williams, 32 tentang kebajikan anaknya namun dia hanya mendakwa bayinya selalu begitu.

Pada masa itu bermula penderitaan Princeton, pekerja itu telah pergi ke rumah suspek untuk melihat bayi tersebut. Semasa kunjungan, dia melihat kamar mandi ditutup dengan najis, dan apartmen itu dipanaskan menggunakan api gas (stove).

Selepas itu, dia meminta pertolongan pengurusnya untuk menelefon polis tapi tiada apa-apa tindakan dibuat.

Responden kecemasan dipanggil ke rumah Williams, sejurus kejadian iaitu pada 29 Mac, dan mendapati bayi, Princeton tidak bertindak balas dan meninggal tidak lama kemudian.

Bayi itu didapati mempunyai luka terbakar dan lebam malah kekurangan zat makanan dan dehidrasi

Autopsi seterusnya mendapati bahawa berat Princeton hanya tujuh kilogram pada hari kematiannya, kurang daripada lapan kilogram 10 auns yang ditimbang semasa lahir. Namun, punca kematian Princeton belum diketahui oleh pemeriksa perubatan.

Shantoria mengaku telah menyusukan anaknya, 15 minit sebelum dia meninggal, tetapi pihak polis curiga apabila melihat dua botol masih mengandungi susu ketika itu.

Suspek kemudian mendakwa bayinya nampak lemah pada minggu sebelum dia mati dan turut mengakui dia gagal untuk mendapatkan rawatan perubatan untuk anaknya.

Sebelum tiga hari bayi berkenaan mati, pekerja tersebut kembali semula ke rumah Shantoria dan menangkap gambar Princeton selepas melihat keadaan bayi itu dan sekali lagi memberitahu pengurusnya. Laporan telah dibuat namun tidak menghasilkan apa-apa dari pihak polis.

Polis dan perkhidmatan sosial kini berdepan siasatan selepas pendedahan kes Princeton dan jirannya juga telah membuat sejumlah lapan panggilan kecemasan dalam bulan Januari tahun ini dan pada hari kematian Princeton.

Peguam bela penderaan kanak-kanak, Susan Conwell memberitahu, ia adalah skandal yang yang menyebabkan kes Princeton dipandang remeh.

“Kita mungkin bercakap tentang bayi yang kelihatan seolah-olah mereka berada di negara Dunia Ketiga yang mati kelaparan.” katanya. – Metro.co.uk

Tinggalkan komen anda