BAGAN SERAI – Seramai 105 keluarga melibatkan 54 rumah terjejas akibat ribut yang menyebabkan bumbung rumah mereka rosak teruk di sekitar Parit Buntar dan Bagan Serai, semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kerian, Lt (PA) Noor Hafizah @ Noor Ulin Ismail, berkata, antara kampung yang terjejas di Parlimen Bagan Serai ialah Kampung Parit Abu Hassan, Kampung Matang Jelutong, Kampung Matang Merbau, Kampung Parit Ismail 1, 2 dan 3, Kampung Parit Mentara 1 dan 2, Kampung Alor Kubu, Kampung Parit Haji Ali, Kampung Sungai Pinang, Kampung Parit 4 dan 3, Kampung Sungai Protan, Kampung Teluk Medan, Kampung Parit Gabis, Kampung Parit Haji Aman dan Kampung Masjid Tinggi.
”Di Parlimen Parit Buntar pula membabitkan Kampung Tanah Kebun, Parit Tok Ngah, Kampung Parit Mat Alam. Malah, kejadian ribut turut mengakibatkan beberapa bumbung masjid rosak,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan dibuka dalam kejadian ribut yang berlaku antara jam 3.30 hingga 4.30 petang itu.
Tinggalkan komen anda