10 orang termasuk seorang pegawai polis terbunuh akibat tembakan rambang


shadow

KANADA – Seorang lelaki bersenjata dikenali sebagai Gabriel Wortman membunuh sekurang-kurangnya 10 orang termasuk seorang pegawai polis di sebuah bandar Kanada, pengesahan dari Polis Diraja Kanada dalam satu sidang media semalam

Pihak polis telah menembak mati lelaki berkenaan pada hari kejadian. Penjenayah terbabit dikatakan menyamar dengan berpakaian seragam dan sedang memandu sebuah kereta polis ketika kejadian penembakan yang berlaku pada malam sabtu kelmarin di bandar kecil Portapique.

Pihak polis menyatakan tiada motif serangan.

Ketua Penguasa RCMP, Chris Leather berkata, lebih dari 10 orang terbunuh.

Gabriel Wortman
Lelaki bersenjata, Gabriel Wortman, 51 (kanan). Pihak polis mengesahkan suspek membunuh sekurang-kurangnya 10 (Gambar: Reuters)

Beliau berkata, lelaki itu dipercayai adalah orang yang bertanggungjawab di atas pembunuhan ini, dia bergerak dari bahagian utara wilayah itu melakukan beberapa pembunuhan.

Sementara itu, Presiden kesatuan Persekutuan Polis Nasional, Brian Sauve, berkata, pegawai polis diantara yang terbunuh dan seorang lagi cedera dibawa ke hospital.

“Hati kami berat dengan kesedihan yang berlaku hari ini (17 April) kerana kehilangan salah seorang dari kami sendiri serta seorang anggota lagi yang berdedikasi cedera dalam tugas.” katanya.

Pada sekitar 10.30 malam pada hari kejadian, polis menerima panggilan mengenai orang yang mempunyai senjata api dan ia menjadi siasatan penembakan aktif,” kata seorang jurucakap polis.

Perdana Menteri Justin Trudeau turut bersimpati dan mengecam tindakan penjenayah tersebut.

“Hati saya pergi kepada semua orang yang terlibat dalam keadaan yang dahsyat ini.” katanya.

-Metro.co.uk

Tinggalkan komen anda