Plaza Tol Ebor ditutup esok


shadow

Seorang kakitangan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) di Plaza Tol Ebor (Plaza Masuk), Shah Alam disahkan positif Covid-19.

Justeru itu, Plaza Tol tersebut terpaksa ditutup sementara bermula Khamis (esok) pada pukul 12.01 pagi hingga 11.59 malam untuk kerja pembersihan dan sanitasi.

Kakitangan berkenaan merupakan seorang Pembantu Khidmat Pelanggan sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan kerajaan.

Sehubungan itu, semua petugas yang bekerja bersama dengan pesakit itu diarahkan supaya menjalani saringan dan dikuarantin.

PLUS meminta pengguna lebuh raya dari Shah Alam, Batu Tiga serta kawasan sekitar yang menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Putrajaya dan selatan dinasihatkan supaya memasuki lebuhraya ELITE menerusi Plaza Tol Shah Alam atau Seafield sepanjang tempoh penutupan tersebut.

Tinggalkan komen anda