Perhimpunan Tabligh Indonesia ditunda


shadow

Perhimpunan Tabligh di Wilayah Sulawesi Selatan Indonesia telah ditangguhkan akibat penularan COVID-19 di seluruh dunia.

Sebelum ini, perhimpunan tersebut telah dilakukan di Malaysia menjadi punca penularan ratusan jangkitan, justeru bagi mengelak kejadian berulang , pihak berkuasa cuba memujuk pihak penganjur Ijtima Dunia 2020 Zon Asia, supaya menghentikan perhimpunan di Gowa bagi mengelak ribuan manusia berkumpul.

Ketua daerah Gowa, Adnan Purichta Ichsan melalui media sosial memberitahu penganjur akhirnya bersetuju untuk menangguhkan majlis mereka.

“Alhamdulillah, akhirnya sepakat Ijtima Dunia 2020 ini ditunda atau dibatal pelaksanaannya. Tidak henti-henti kami berkomunikasi koordinasi dengan pihak panitia.

“Kita juga sepakat untuk mengisolasi (memisahkan) sementara mereka di lokasi, sampai menyusun jadual kepulangan masing-masing,” katanya di Instagram.

Malah, pasukan kesihatan sudah sampai ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan dan proses membasmi kuman.

Terdahulu, 513 daripada 790 kes positif Covid-19 di Malaysia mempunyai kaitan dengan perhimpunan Tabligh di Masjid Seri Petaling baru-baru ini.

Tinggalkan komen anda