Malaysia catat kematian ketiga COVID-19 di Hospital Tawau


shadow

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki meninggal dunia di Hospital Tawau akibat wabak COVID-19, kematian ketiga dicatat di Malaysia, hari ini.

Menerusi catatan Facebook rasmi Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata, kematian pada pukul 6.27 petang tadi melibatkan kes ke-152 yang merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh.

“Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac dengan mengalami simptom Infeksi Saluran Pernafasan Akut Teruk, lantas diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama.

“Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia petang tadi. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah,” menurut catatan Ketua Pengarah Kesihatan itu. 

Sebelum ini, Kedua-dua kematian yang melibatkan rakyat tempatan, seorang jemaah tabligh berumur 34 tahun yang menghadiri perhimpunan tabligh berkenaan manakala seorang paderi berusia 60 tahun yang mempunyai sejarah penyakit kronik.

Tinggalkan komen anda