Lokasi COVID-19 dikesan


shadow

Lokasi-lokasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor yang dikesan positif penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) .

Antaranya adalah Pantai Medical Centre, Kompleks Pertama, Menara Maybank, Subang Jaya Medical Centre, Fitness First, IOI Mall, Ibu Pejabat SIRIM, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Batu 11 Cheras dan Klinik Suraya, bangi.

Setakat hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  melaporkan dua kematian akibat COVID-19 (Kes ke-178 dan kes ke-358) sekaligus mencatatkan 120 kes baharu. Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba yang mengesahkan maklumat itu menerusi sidang media perkembangan terkini COVID-19 yang diadakan di Putrajaya semalam turut memaklumkan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 673 kes.

Justeru itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan perintah kawalan Pergerakan bermula tengah malam tadi bagi membendung penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

Orang ramai diminta mematuhi arahan tersebut dan mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut jumlah jangkitan di setiap lokasi tersebut boleh melayari www.outbreak.my/map.

Tinggalkan komen anda