Bom meletup di majlis kahwin


shadow

Khartoum: Sebutir bom tangan diletupkan di sebuah majlis perkahwinan, menyebabkan lima orang terbunuh.

Jurucakap polis berkata, bom berkenaan diletupkan oleh anggota pasukan keselamatan negara itu.

Menurutnya, mangsa terdiri daripada anggota terbabit dan empat individu lain.

Bagaimanapun, tidak dapat disahkan sama ada letupan bom di kawasan miskin, Haj Youssef, disengajakan atau kemalangan semata-mata.

Pihak berkuasa kesihatan mengesahkan bahawa ketika kejadian, ada kira-kira 40 orang menghadiri majlis berkenaan.

Situasi di ibu negara itu bergolak selepas kejatuhan pemerintah Omar al-Bashir, susulan protes berbulan-bulan terhadap pemerintahannya.

-myMetro

Tinggalkan komen anda