Sambil2 minta sedekah, makcik tua layan judi online bawah bekas duit


shadow

Kerap kita lihat di sesetengah kawasan tumpuan umum individu-individu yang mengemis atau meminta sedekah bagi mencari sesuap nasi.

Ada  sebahagian daripada mereka benar-benar susah dan ada juga yang sekadar menutupi sendiket kerja haram mereka yang sewenangnya mengaut keuntungan diatas kebaikan rakyat Malaysia.

Handphone bukan main besar makcik

Hal ini dapat dilihat menerusi satu perkongsian daripada seorang pengguna Twitter yang telah berjaya ‘mengantoikan’ perbuatan mereka yang hanya bermuka-muka untuk meraih simpati.

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh Norazlee, seorang wanita pertengahan usia dilihat sedang bermain judi online di telefon pintarnya sambil memegang bekas duit meminta sedekah di kawasan tumpuan ramai.

Video Player00:0100:13

Video tersebut telah berjaya dirakam di kawasan Gerbang Malam, Ipoh Perak yang sememangnya menjadi lokasi orang ramai mendapatkan makanan serta keperluan harian pada waktu malam.

Makcik tu tengah main Esport kot

Perkongsian itu juga telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet yang nyata bengang dengan tindakan tersebut.

Rata-rata mereka telah meninggalkan komen mengecam mak cik tersebut dan ada juga yang seakan memerli perbuatan tidak bermoral wanita itu yang sedang leka bermain judi online ketika meminta sedekah.

HUsnuzon jela tengah main candy crush

Yang sedekah teruskan bersedekah

Sumber : Norazlee

Tinggalkan komen anda