Pembunuh kangaroo tidak dijel


shadow

SYDNEY: Seorang lelaki yang didakwa sengaja melanggar sekurang-kurangnya 20 kangaroo dengan sebuah trak dilepaskan daripada hukuman penjara selepas mengaku bersalah terhadap kekejaman haiwan hari ini.

Mahkamah Australia mengarahkan Nathan Sanger, 20, untuk melakukan perkhidmatan komuniti selama 500 jam selepas membunuh haiwan terbabit pada September lalu.

Memetik laporan Bega District News, Sanger mengaku bersalah sengaja melanggar haiwan malang itu termasuk dua anak kangaroo dalam kejadian selama sejam.

Bagi kesalahan itu, Sanger sepatutnya berdepan hukuman penjara selama lima tahun atas kesalahan mendera atau memukul dan mendatangkan kematian terhadap haiwan.

Lelaki terbabit kini menjadi sukarelawan di tempat perlindungan haiwan.

Seorang lagi suspek lelaki yang didakwa berada bersama Sanger ketika kejadian turut mengaku bersalah dan kesnya akan disebut semula di mahkamah pada Januari ini.

-myMetro

Tinggalkan komen anda