KABUL: Seramai 15 orang awam termasuk lapan kanak-kanak terbunuh selepas kenderaan dinaiki mereka terlanggar periuk api di wilayah Kunduz, utara Afghanistan semalam.
Menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Nasrat Rahimi, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang apabila periuk api yang ditanam oleh pengganas Taliban itu turut mencederakan dua lagi mangsa.
Katanya, enam wanita dan seorang lelaki antara mereka yang maut dalam letupan di kawasan utara yang bersempadanan dengan Tajikistan itu.
Sehingga kini, tidak ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu.
Tidak dapat dipastikan sama ada ia kenderaan itu menjadi sasaran dalam serangan terbabit.
-myMetro
Tinggalkan komen anda