Lelaki meninggal dunia di sawah bukan dipanah petir


shadow

ARAU – Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di kawasan sawah padi di Kepala 40 Jalan Tambun Tulang, pada jam 6.25 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, lelaki berkenaan dipercayai mengalami serangan jantung.

Katanya, tular di laman sosial memaklumkan kematian mangsa akibat dipanah petir adalah tidak benar.

“Kematian lelaki berusia 58 tahun itu dipercayai akibat serangan jantung dan tiada kaitan dengan panahan petir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nanda, pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada jam 6.25 petang dan siasatan awal mendapati lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan ambulans Hospital Tuanku Fauziah.

“Siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah pada tubuh badan mangsa dan pemeriksaan sekitar lokasi tidak menjumpai sebarang kesan jenayah,” katanya.

-Sinar Harian

Tinggalkan komen anda