Lelaki gigit kemaluan penghutang


shadow

New Delhi: Seorang lelaki bertindak nekad menggigit kemaluan rakannya hingga hampir putus kerana berang selepas mangsa enggan membayar hutang berjumlah £11 (RM56).

Mail Online melaporkan, kejadian berlaku di kampung Joladarshi di Koilkuntla, tengah India membabitkan dua rakan baik yang dikenali sebagai Vode Venkateswarlu dan Subbaiah.

Polis memberitahu, Venkateswarlu ada meminjam wang dari Subbaiah dan belum membayar hutang berkenaan seperti dijanjikan sebelum ini.

Pada Khamis lalu, Subbaiah berjumpa dengan Venkateswarlu untuk meminta rakan baiknya itu membayar hutang tetapi lelaki itu enggan menyebabkan kedua-dua mereka bergaduh.

“Dalam pergaduhan berkenaan Subbaiah terjatuh dan Venkateswarlu terus duduk di atas leher lelaki itu sambil menumbuknya.

“Subbaiah yang tidak dapat melepaskan diri terus menggigit kemaluan Venkateswarlu menyebabkan alat sulit mangsa hampir putus,” kata polis.

Orang ramai yang melihat Venkateswarlu mengerang kesakitan sambil memegang alat sulitnya yang berdarah, segera membawa mangsa ke hospital.

Jurucakap hospital memberitahu, kemaluan lelaki itu berjaya disambung semula tetapi doktor tidak dapat memberi jaminan ia akan berfungsi seperti sedia kala.

-myMetro

Tinggalkan komen anda