Suami, isteri dan bayi maut dalam kebakaran


shadow

SLIM RIVER – Tiga termasuk seorang bayi dilaporkan maut dalam satu kebakaran rumah di Kampung Alah Batu, Jalan Kuala Slim, pagi tadi.

Maklumat awal dalam kejadian jam 3.30 pagi itu menyebut, mangsa dipercayai sepasang suami isteri berusia lingkungan 30 an dan bayi lelaki mereka.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, kesemua mangsa dijumpai dalam bilik utama rumah terbabit.

“Kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan telah dihantar ke Hospital slim River untuk urusan selanjutnya,” katanya.

Laporan kebakaran itu diterima pada jam 3.51 pagi dan didapati kebakaran telah marak hampir 70 peratus.

Operasi pemadaman setakat ini masih dijalankan melibatkan Balai Slim River, Tanjung Malim dan Balai Kuala Kubu Bharu.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/43588/BERITA/Tragedi/Suami-isteri-dan-bayi-maut-dalam-k

-Sinar Harian

Tinggalkan komen anda