Polis tahan individu ugut bunuh pemimpin DAP


shadow

IPOH – Polis menahan seorang individu yang didakwa membuat ugutan bunuh terhadap Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Kebangsaan, Howard Lee Chuan How.

Ketua Polis Perak Datuk Razaruddin Husain berkata individu berusia lingkungan 30-an itu ditahan susulan laporan polis yang diterima berhubung dakwaan itu.

“Pihak polis telah menerima laporan dan menahan individu yang dipercayai terlibat dengan ugutan itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Howard Lee, yang juga Exco Pembangunan Belia dan Sukan Perak dalam kenyataan berkata ancaman tersebut diterima melalui tangkap layar satu kumpulan WhatsApp dan dihantar kepadanya.

Berikutan itu, pegawai Lee membuat laporan polis pada Ahad lepas.

-Sinar Harian

Tinggalkan komen anda