Peniaga ditangkap jual kasut curi di pasar malam


shadow

MELAKA – Tindakan bodoh seorang lelaki menjalankan perniagaan kasut terpakai hasil dari kegiatan curi terbongkar selepas suspek ditahan pihak polis di Plaza Sungai Udang di sini malam tadi.

Suspek berusia 33 tahun itu dipercayai aktif melakukan kegiatan mencuri kasut di beberapa taman perumahan di daerah ini sebelum menjualnya beberapa pasar malam sekitar.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, suspek ditahan kira-kira jam 10.30 malam ketika berada di dalam sebuah kereta.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di dalam kereta itu polis menemui 25 pasang kasut pelbagai jenama yang dipercayai dicuri.

“Siasatan awal mendapati suspek mendakwa kesemua kasut itu hasil dicuri awal bulan ini di sekitar Taman Malim Jaya.

“Malah dia turut mengaku kasut itu dijual di kedai pakaian terpakai serta pasar malam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, selain kereta, polis turut merampas 10 pasang kasut Adidas, 16 pasang kasut Nike serta sembilan pasang pelbagai jenama.

“Suspek kini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

-SInar Harian

Tinggalkan komen anda