Lelaki didakwa angkut migran


shadow

SHAH ALAM – Seorang lelaki warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini atas tuduhan mengangkut migran yang diseludup masuk ke negara ini di Sekinchan, Sabak Bernam, Julai lalu.

Bagaimanapun, Syahriandi mengaku tidak bersalah.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki berusia 31 tahun itu didakwa menyeludup seorang warga Indonesia, Ridho Kurniawan, 23, di No 63, Tali Air 10, Kampung Tengah Pasir Panjang, Sekinchan, jam 2 petang pada 2 Julai lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Imigresen Malaysia, Wan Ahmad Hijrah Wan Abdullah mengikut Seksyen 26J Akta Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan boleh dikenakan denda sehingga RM250,000.

Hakim, Datuk Abdul Halim Aman menetapkan 6 September depan untuk sebutan semula kes.

Pada 26 Julai lalu, Syahriandi bersama rakan senegaranya, Supinah, 43, dikemukakan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Klang sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

-Sinar Harian

Tinggalkan komen anda