Petron kuasakan acara Rainforest Challenge


shadow

KOTA BHARU: Petron Turbo Diesel Euro 5, bahan Petron mesra alam dengan kuasa turbo terus memacu acara akhir Rainforest Challenge (RFC) yang berlangsung di Bukit Panau, Pasir Mas.

Acara yang disertai 450 peserta dari 20 negara itu akan mengharungi cabaran 4×4 di dalam antara hutan tropika padat di Malaysia di waktu musim tengkujuh.

Menjadi antara sukan kenderaan paling lasak ke-10 teratas di dunia, acara turut disertai 15 media tempatan menerusi Pengembaraan Media Prestasi TriAction Advantage Petron.

Untuk melengkapkan pengalaman, ahli media akan menyertai pusingan kelayakan RFC atau Peringkat Prolog di Bukit Panau, Pasir Mas.

Di sini, kenderaan peserta akan diisi dengan Petron Turbo Diesel Euro 5 di mana pemandu boleh menguji diri dalam mengatasi alam dan menguji kehebatan pemanduan mereka melalui cerunan bukit, rupa bumi tidak rata, dan air berlumpur.

“Dalam acara Pengembaraan Media Prestasi TriAction Advantage Petron yang unik ini, kami sangat teruja untuk mempamerkan prestasi TriAction Advantage dalam Petron Turbo Diesel Euro 5 semasa persaingan pacuan empat roda ‘off-roading’ yang sukar.

“Ini adalah kerjasama keempat kami bersama RFC, memacu perlumbaan diiktiraf secara global dan menekankan keupayaan Petron Turbo Diesel Euro 5 kami yang berteknologi tinggi, di mana ia memberikan kuasa yang lebih baik, perlindungan enjin yang sangat baik, dan lebih kilometer,” kata Ketua Dagangan Runcit & Perniagaan Komersial Petron Malaysia, Choong Kum Choy.

Petron Turbo Diesel Euro 5 terbukti dapat memberikan kuasa tertinggi dan kekuatan kepada kenderaan pacuan empat roda sejak ia pertama kali menaja pertandingan berkenaan pada 2016.

Petron Turbo Diesel Euro 5 direka khusus untuk meningkatkan prestasi enjin, memastikan ekonomi yang lebih baik, dan memanjangkan jangka hayat enjin.

Bahan api juga memberikan peningkatan kualiti pencucuhan dan perlindungan terbaik terhadap hakisan.

Dengan kandungan Sulfur yang sangat rendah sebanyak iaitu 10 bahagian per sejuta, ia sememangnya afalah 50 kali lebih bersih daripada diesel Euro 2M, seterusnya membantu mengurangkan pelepasan asap.

Formulasi asas prestasi Petron Turbo Diesel Euro 5 adalah aditif premium TriAction Advantage.

Ia mengandungi detergen untuk membantu membersihkan dan mengekalkan sistem inlet enjin bersih, dan pengubah geseran yang membantu mengurangkan geseran antara piston dan dinding silinder.

“Dalam pertandingan di mana kemahiran dan mesin bersaing dengan alam, bahan api yang betul akan membantu kenderaan untuk mencapai prestasi yang unggul untuk menang. Kami berharap dapat berkongsi beberapa pengalaman ini dengan media semasa Pengembaraan Media Prestasi TriAction Advantage Petron ini,” tambah Kum Choy.

Sementara itu, Pengasas Rainforest Trophy, Luis J.A. Wee berkata, tumpuan perlumbaan tahun ini akan menjadi sukar kerana pasukan akan cuba mengatasi 50 Peringkat Khas (SS).

“Hanya gabungan pemandu dan kenderaan terbaik, ditambah dengan pilihan minyak bahan api dan minyak enjin yang tepat akan mendorong pasukan untuk menamatkan podium,” katanya.

Acara akhir RFC diadakan di Kelantan, dari 29 November hingga 9 Disember 2019 ini adalah acara dari RFC Global Series (RFCGS), sebuah litar perlumbaan ‘off-road’ di seluruh dunia yang merangkumi 25 negara dengan 45 acara.

Tahun ini, acara berkenaan memberi tumpuan kepada aspek perlumbaan dengan sekurang-kurangnya 50 SS, satu rekod untuk perlumbaan 4×4.

Ia akan membabitkan laluan merentasi Kota Bahru, Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, dan akan berakhir di Gua Musang dengan karnival dua hari (8 & 9 Disember).

Peringkat perlumbaan dinamakan Predator, Terminator, dan Zon Twilight yang termasuk mengemudi kencuraman dan pendakian, menyeberangi V gullies, paya tropika dan mengemudi sekitar kolam lumpur.

Tinggalkan komen anda