Traore nafi bina badan


shadow

LONDON: Adama Traore menegaskan dia tidak mengangkat berat walaupun mempunyai susuk tubuh yang sasa.

Pemain Wolverhampton Wanderers itu mengharungi musim memberangsangkan dan kekuatan fizikalnya turut menarik perhatian peminat.

Namun pemain Sepanyol itu mendakwa dia tidak melakukan senaman khusus untuk membina otot lengan dan dadanya sambil mengatakan ia adalah semula jadi.

“Latihan saya? Saya tidak mengangkat berat. Sukar dipercayai tetapi saya tidak angkat berat,” kata Traore.

“Ia genetik. Saya bersenam, tetapi otot saya naik dengan cepat.”

Traore, 23, meledak empat gol dan melakukan empat umpanan dalam 20 perlawanan musim ini serta menjadi tonggak penting dalam skuad kendalian Nuno Esperito.

Wolves tewas 2-1 di Watford pada Tahun Baru dan walaupun dia beraksi penuh 90 minit, Traore gagal memberi impak seperti diharapkannya. – AGENSI

Tinggalkan komen anda