Senegal hampa sambut Mane


shadow

DAKAR, Senegal: Sambutan kepulangan bintang Liverpool Sadio Mane ke Senegal selepas memenangi anugerah pemain terbaik Afrika terpaksa dibatalkan susulan masalah pelepasan penerbangan di Tunisia.

Ibu kota Senegal, Dakar sudah bersedia menyambut pemain 27 tahun itu yang merangkul gelaran berkenaan untuk negaranya buat pertama kali sejak tahun 2002 di Mesir Selasa lalu.

“Liverpool memutuskan untuk membawanya pulang (ke England) kerana mereka tidak dapat menunggu pelepasan,” kata pegawai rombongan Mane, Bakary Cisse.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris itu masih belum tewas musim ini, dengan 19 kemenangan dan satu seri. Liverpool bertandang ke laman Tottenham kendalian Jose Mourinho Sabtu ini.

Bagaimanapun Senegal berkata sambutan itu tidak akan dibatalkan terus sebaliknya hanya ditangguhkan untuk tempoh beberapa hari.

Mane mengharungi musim cemerlang bersama Liverpool – merangkul Liga Juara-Juara dan Piala Kelab Dunia – dan juga dengan skuad kebangsaan Senegal yang muncul naib juara Piala Negara-Negara Afrika selepas tewas di tangan Algeria.

Mane bagaimanapun sekadar di tangga keempat dalam perebutan gelaran Ballon d’Or tahun lalu, yang dimenangi Lionel Messi buat kali keenam. – AFP

Tinggalkan komen anda