Mikel Arteta Bikin MU Masuk Gua Kembali


shadow

Arsenal berjaya menumpaskan Manchester United 2-0 untuk naik ke tangga kesepuluh Liga Perdana Inggeris. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Emirates pagi tadi menyaksikan kemenangan pertama buat pengurus baru Arsenal, Mikel Arteta.

Beraksi di tempat sendiri memberi sedikit kelebihan buat Arsenal dan ianya dibuktikan apabila mereka berjaya menaringkan gol pertama seawal minit ke-8 menerusi Nicolas Pepe hasil hantaran dari Kolasinac.

Gawang Manchester United sekali lagi dibolosi pada minit ke-42 hasil rembatan pemain pertahanan Arsenal, Sokratis. Gol itu terhasil setelah bola yang ditepis penjaga gol, De Gea terkena Lindelof dan peluang tersebut tidak di sia-sia kan Sokratis untuk menjaringkn gol kedua Arsenal.

Arsenal kini berada di tangga ke-10 dengan 27 mata manakala Manchester United kekal di tangga ke-5 dengan 31 mata. Nampaknya MU kena masuk gua balik lah gais!

Tinggalkan komen anda