Man United idam sentuhan Fernandes


shadow

LONDON: Manchester United mengadakan rundingan dengan Sporting Lisbon bagi mendapatkan pemain tengah kelab Portugal itu, Bruno Fernandes tetapi belum mencapai kata sepakat berkenaan yuran perpindahan.

United, kini di tangga kelima Liga Perdana Inggeris, dalam usaha memperkuatkan barisan tengah untuk baki saingan musim ini susulan ketiadaan Paul Pogba yang belum pulih daripada kecederaan buku lali dan Scott McTominay yang cedera di lutut.

Media British melapokan Sporting meletakkan harga 60 juta pound (RM316.8 juta) untuk pemain 25 tahun itu dengan pertahanan United Marcos Rojo akan berpindah ke kelab Lisbon itu.

Fernandes menjaringkan dua gol ketika Sporting menewaskan Vitoria Setubal 3-1 Sabtu lalu dan pengendalinya Silas tidak pasti sama ada pemain kebangsaan Portugal berkenaan akan membantu pasukan berdepan Benfica Jumaat ini.

“Saya tidak dapat jamin perkara ini kerana saya tidak tahu. Bruno pemain berbakat besar dan semua pemain sepertinya mempunyai nilai dalam pasaran,” kata Silas.

“Saya tidak mahu memikirkannya, tetapi saya perlu mencari alternatif sekiranya Bruno meninggalkan kelab. Saya harap ia tidak berlaku, tetapi kita perlu bersedia.” –  REUTERS

Tinggalkan komen anda