Lucas hidup peluang Spurs


shadow

LONDON: Lucas Moura menghidupkan peluang Piala FA Tottenham Hotspur dengan gol penyamaan 1-1 bertemu kelab divisyen dua Middlesbroug, manakala Callum Hudson-Odoi membantu Chelsea mengatasi Nottingham Forest 2-0.

Ashley Fletcher meletakkan Middlesbrough di depan pada minit ke-50 aksi di Stadium Riverside. Namun pemain sayap Brazil, Lucas mengheret perlawanan untuk aksi ulangan di utara London akhir bulan ini dengan gol penyamaan minit ke-61.

“Ketika kami ketinggalan 1-0, ketika itu saya rasa kami dalam kesusahan,” kata pengendali Tottenham Jose Mourinho. “Tetapi semua orang bangkit. Saya bertindak balas, pemain-pemain bertindak balas.”

PEMAIN Tottenham Hotspur, Lucas Moura meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan dalam perlawanan menentang Middlesbrough pada aksi Piala FA di Stadium Riverside. – Foto Reuters

Di Stamford Bridge, Hudson-Odoi kembali menunjukkan prestasi sebenarnya dengan membuka jaringan pada minit keenam – gol keduanya musim ini dan yang pertama sejak September.

PEMAIN Chelsea, Callum Hudson-Odoi menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Nottingham Forest pada aksi Piala FA di Stamford Bridge. – Foto Reuters

Pengendali Chelsea Frank Lampard melakukan sembilan pertukaran, tetapi pasukannya masih mampu menggandakan jaringan pada minit ke-33 apabila rembatan Hudson-Odoi ditampan ke arah Ross Barkley yang memanfaatkan peluang terhidang itu.

Crystal Palace menjadi kelab Liga Perdana ketiga tersingkir hujung minggu ini apabila tewas 1-0 di tangan Derby di Selhurst Park.

Jayden Bogle membuat hantaran lintang yang disempurnakan Chris Martin pada minit ke-32.

Sheffield United terselamat daripada kejutan oleh kelab bukan liga dengan kemenangan 2-1 ke atas AFC Fylde di Bramall Lane.

West Ham mengatasi kelab divisyen tiga Gillingham 2-0 menerusi jaringan babak kedua Pablo Zabaleta dan Pablo Fornals di Priestfield. – AFP

PEMAIN Chelsea, Callum Hudson-Odoi meraikan kemenangan selepas menewaskan Nottingham Forest pada aksi Piala FA di Stamford Bridge. – Foto Reuters

Tinggalkan komen anda