Federer kekal rekod 20 tahun di Terbuka Australia


shadow

MELBOURNE: Roger Federer tidak pernah tewas dalam pusingan pertama Terbuka Australia sejak penampilan pertamanya 20 tahun lalu dan pemain Switzerland itu sekali lagi mempamerkan rekod menakjubkan di Melbourne Park.

Pemain berusia 38 tahun itu mengenepikan Steve Johnson 6-3, 6-2, 6-2 sebentar tadi untuk melangkah ke pusingan kedua seterusnya membuka ruang untuknya memburu gelaran Grand Slam ke-21 dengan penuh bergaya.

Sebelum kejohanan, Federer berkata dia mempunyai jangkaan rendah dengan pembukaan Grand Slam tahun ini selepas terlepas aksi pemanas badan Piala ATP bagi meluangkan masa bersama keluarganya.

Ia secara tidak langsung menyebabkan dirinya hanya sempat melakukan latihan ringkas namun ia sama sekali tidak berlaku ketika aksi pertemuan dengan pemain dari Amerika Syarikat itu di Rod Laver Arena.

“Saya fikir tiga pusingan pertama adalah kunci untuk terus mara, untuk menyesuaikan diri dengan tekanan, kekal tenang, bila masanya untuk melakukan mata break atau 30 -semua mata atau apa saja,” katanya.

Dia dijadual bertemu sama ada pemain Perancis daripada pusingan kelayakan, Quentin Halys ataupun Filip Krajinovic (Serbia), namun Federer berkata, dia harus berhati-hati.

“Pusingan demi pusingan, mata demi mata secara mentalitinya. Saya tahu pemain lain yang bermain dengan sangat baik ketika ini, jadi saya rasa adalah penting untuk kekal begitu tenang mengenai segala-galanya,” tambah Federer.

Pilihan ketiga, Federer bukan saja sedang memburu gelaran Grand Slam ke-21 malah ketujuhnya di Australia.

Rekod Federer tersingkir awal adalah di pusingan ketiga pada 2000, dan bintang veteran itu berkata, kerja keras adalah kunci utama kepada kejayaannya.

“Pada akhirnya, etika kerja cara lama, tidak ada salah mengenainya,” katanya.

“Saya percaya, jika kamu berada dalam kemerosotan, tidak berasa sihat atau apa-apapun, mengetahui bagaimana untuk berlatih dengan gigih, tidak ada salah dengannya.

“Satu lagi kamu perlu belajar daripada kesilapan sendiri, sekiranya kamu ingat yang kekalahan kami alami lebih banyak berbanding kemenangan. Adalah penting, apabila kamu tewas, kamu tahu, kamu tahu menggunakannya, kerana ia adalah satu peluang.” – AFP

Keputusan (Pusingan Pertama)

Perseorangan lelaki

Matteo Berrettini (ITA x8) mn Andrew Harris (AUS) 6-3, 6-1, 6-3

Ricardas Berankis (LIT) mn Roberto Carballes (ESP) 6-4, 6-2, 6-2

Sam Querrey (USA) mn Borna Coric (CRO x25) 6-3, 6-4, 6-4

Guido Pella (ARG x22) mn John-Patrick Smith (AUS) 6-3, 7-5, 6-4

Gregoire Barrere (FRA) mn Mohamed Safwat (EGY) 6-7 (8/10), 7-6 (7/1), 6-4, 7-6 (7/5)

Marton Fucsovics (HUN) mn Denis Shapovalov (CAN x13) 6-3, 6-7 (7/9), 6-1, 7-6 (7/3)

Daniel Evans (GBR x30) mn Mackenzie McDonald (USA) 3-6, 4-6, 6-1, 6-2, 6-3

Yoshihito Nishioka (JPN) mn Laslo Djere (SRB) 6-4, 3-6, 6-2, 7-6 (7/1)

Roger Federer (SUI x3) mn Steve Johnson (USA) 6-3, 6-2, 6-2

Perseorangan wanita

Zhu Lin (CHN) mn Viktorija Golubic (SUI) 4-6, 6-1, 7-6 (10/5)

Julia Georges (GER) mn Viktoria Kuzmova (SVK) 6-1, 6-2

Petra Martic (CRO x13) mn Christina McHale (USA) 6-3, 6-0

Ekaterina Alexandrova (RUS x25)  mn Jil Teichmann (SUI) 6-4, 4-6, 6-2

Barbora Krejcikova (CZE) mn Kaia Kanepi (EST) 7-6 (7/3), 2-6, 6-3

Paula Badosa (ESP) mn Johanna Larsson (SWE) 6-1, 6-0

Petra Kvitova (CZE x7) mn Katerina Siniakova (CZE) 6-1, 6-0

Naomi Osaka (JPN x3) mn Marie Bouzkova (CZE) 6-2, 6-4

Zheng Saisai (CHN) mn Anna Kalinskaya (RUS) 6-3, 6-2

Sorana Cirstea (ROU) mn Barbora Strycova (CZE x32) 6-2, 7-6 (7/5)

Ann Li (USA) mn Lizette Cabrera (AUS) 7-6 (7/4), 7-6 (12/10)

Sofia Kenin (USA x14) mn Martina Trevisan (ITA) 6-2, 6-4

Caroline Wozniacki (DEN) mn Kristie Ahn (USA) 6-1, 6-3

Tamara Zidansek (SLO) mn Han Na-lae (KOR) 6-3, 6-3

Serena Williams (USA x8) mn Anastasia Potapova (RUS) 6-0, 6-3

Tinggalkan komen anda