Tiada siapa mahu jumpa Liverpool – Robertson


shadow

LONDON: Pertahanan Liverpool, Andy Robertson merasakan pasukannya akan muncul sebagai pasukan yang mahu dielak oleh mana-mana pencabar lain pada aksi 16 terbaik Liga Juara-Juara musim ini.

Juara bertahan itu mengesahkan kemaraan selepas menang 2-0 ke atas Salzburg dan akan menentukan lawan mereka sama ada Real Madrid, Atletico Madrid, Borussia Dortmund, Atalanta atau Olympique Lyon pada undian Isnin ini.

“Kami menghormati kejohanan ini. Dengan apa yang kami sudah lakukan dalam dua tahun sebelum ini, tiada siapa yang mahu menentang kami.

“Mungkin pada musim pertama kami ke final, kami tidak diberikan penghormatan sepatutnya. Namun sekarang kami sudah dihormati di Eropah dan tidak ada satu pun yang mahukan (menentang) kami.”

Skuad kendalian Jurgen Klopp sebelum ini mara ke final dua kali berturut-turut termasuk muncul juara pada penampilan musim lalu selepas menewaskan Tottenham Hotspur.

“Kami akan tunggu untuk mengetahui siapa lawan kami. Kami tahu ianya akan jadi tugas yang mencabar namun kami tidak sabar untuk menghadapi cabaran ini kerana kami mahu pergi lebih jauh dalam pertandingan ini.

“Kami tahu yang kami kini adalah juara dan semua orang mahu tewaskan kami.” – Reuters

Tinggalkan komen anda